Lori bertembung, dua pemandu maut

Lori bertembung, dua pemandu maut

Telupid: Dua pemandu lori maut selepas kenderaan dipandu bertembung dalam kejadian di Jalan Telupid berhampiran Kampung Bauto, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lori.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan pacuan empat roda terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori muatan kayu balak yang bertembung dengan sebuah lagi lori trailer.

“Kedua-dua pemandu lelaki yang cedera kemudiannya dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa yang terlibat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.20 tengah hari,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|