Lima suspek terbaru dikehendaki ESSCOM

Lima suspek terbaru dikehendaki ESSCOM

Lahad Datu: Susulan kejayaan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menumpaskan sel-sel Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) tahun lalu, ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai baharu lima suspek yang dikehendaki.

Lima suspek terbaru yang disenaraikan itu adalah Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin, Ismurah Jirah, Madjid Said @ Ammah Pattit dan Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan

15 individu yang kekal dan dikehendaki bagi membantu siasatan kes-kes jenayah di ESSZONE.

Komander ESSCOM Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, tiga daripada lima iaitu Ahadin, Ellam dan Ismurah disyaki berperanan sebagai penjaga tebusan (keepers) dan terbabit dalam kes penculikan di perairan Tambisan.

Manakala katanya, Madjid merupakan ketua paling senior Daulah Islamiah (DI) Sulu Based dan berperanan sebagai komander ASG Sulu serta Sub Leader yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan.

“Suspek Mudzrimar iaitu anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan Sub Leader dalam ASG serta mempunyai kepakaran membuat bom.

“Malah individu ini perancang letupan bagu insiden di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo pada 24 Ogos 2020,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Manakala individu yang masih kekal dalam seranai Wanted List iaitu Salip Mura; Al Munjir Yadah; Ben Tatoh Quirino; Basaron Arok; Mujimar Sawadjaan; Rasad; Marajan @ Manajan Asiri; Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw; Jul @ Jun Hasan; Barak Undog @ Alvin;
Hamsan Pakkan @ Black Cobra; Sabri Madrasul @ Salip Jul; Hadji Wahad @ Talip; Tampi @ Bunju; Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko.

Hamzah berkata, semua 20 individu termasuk lima individu baharu ini adalah warga asing yang mempunyai hubungan dengan ASG berada dalam senarai dikendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan Kidnap For Ransom (KFR) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Sementara itu, Hamzah berkata, seramai lima individu dikehendaki dalam senarai Wanted List Jun 2021 iaitu Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Raden Abuh; Long Sahirin; Japs Sawadjaan @ Musafar Sawadjaan dan Halipa telah ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara berkenaan

“Sehubungan itu kelima-lima individu terbabit telah dikeluarkan daripada senarai Wanted List,” katanya.

Menurutnya, ESSCOM akan memperhebatkan operasi-operasi khas untuk menjejak anasir-anasir terbabit dan melancar operasi bersepadu laut dan darat bagi membanteras elemen-elemen tidak diingin di ESSZONE dan juga penceroboh yang menggangu gugat keamanan serta keselamatan di kawasan ini.

Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai senarai individu dikehendaki ini boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau salurkan maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|