Kota Kinabalu: Lima rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Maktab Sabah, Kampung Kopungit, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, memaklumkan sebaik terima panggilan mengenai kejadian itu, sepasukan anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian.
“Seramai 15 anggota bomba ke lokasi yang terletak tiga kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.
“Sebanyak lima rumah terlibat dan operasi memadamkan kebakaran masih dilakukan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
-Deasoka