Lelaki ditemui meninggal dunia dalam bilik air

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam bilik air

Keningau: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam bilik air rumahnya di Kampung Bingkor, Jalan Bypass Bingkor, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun terbabit disedari terkunci di dalam bilik air berkenaan oleh ahli keluarganya sebelum menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan segera.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 8.51 pagi.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati mangsa tidak sedarkan diri di dalam bilik air.

“Sebaik pintu berjaya dibuka, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.20 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|