Lelaki disyaki jatuh laut

Lelaki disyaki jatuh laut

Kudat: Seorang pekerja kapal nelayan disyaki jatuh ke laut dalam kejadian di Jeti Ko Nelayan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jayson tidak ditemui di dalam kapal sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak bomba.

Pasukan bomba tiba di Jeti Ko Nelayan, selepas menerima maklumat kehilangan seorang lelaki yang disyaki jatuh ke laut. Pix Ihsan Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8. 20 malam.

“Saksi memaklumkan tidak menemui mangsa di kapal berkenaan dan usaha mencarinya dilakukan bersama rakan yang lain namun gagal.

“Mangsa kemudian disyaki terjatuh ke laut sebelum saksi bertindak melaporkan kepada pihak bomba untuk bantuan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya lagi, pasukan bomba turut mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

“Operasi SAR di kawasan jeti dijalankan dengan kaedah ‘Surface Rescue’ namun SAR ditangguhkan pada jam 9 malam tadi sebelum disambung semula hari ini pada jam 7 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|