Lelaki disyaki curi kereta Myvi diberkas orang awam

Lelaki disyaki curi kereta Myvi diberkas orang awam

Tawau: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit melarikan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang tular sejak beberapa hari lalu akhirnya ditahan di Batu 5, Kampung Belacan, di sini, hari ini.

Difahamkan dalam kejadian 2 Disember lalu itu, pemandu dan kereta Perodua Myvi berkenaan dilaporkan hilang ketika memandu dari Kunak ke Semporna.

Kehilangan kereta dan pemiliknya itu kemudiannya tular di media sosial.

Semalam, turut tular video memaparkan kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berkenaan merempuh motosikal polis yang cuba memeriksa di kawasan Tawau.

Namun anggota polis terbabit berjaya mengelak manakala motosikal ditunggang rosak akibat dirempuh.

Hari ini tular video suspek yang dipercayai melarikan kereta berkenaan berjaya ditangkap oleh orang awan.

Namun pemilik kereta berkenaan masih gagal ditemui sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Ya, ada tangkapan berkait kejadian kereta Perodua Myvi yang hilang namun kenderaan berkenaan masih belum ditemui,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|