Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan

Tenom: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, di sini, sejak Sabtu lalu, masih gagal ditemui.

Mangsa Alphonius @Ebon Ambabai yang berusia 25 tahun terbabit dilaporkan hilang ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Pasukan bomba menjalankan operasi pencarian di tebing sungai sepanjang empat kilometer.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian yang dijalankan hari ini terbahagi kepada empat kumpulan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat berkenaan dijalankan menggunakan kaedah ‘surface rescue’ di tebing sungai sepanjang empat kilometer.

“Kawasan lokasi operasi pencarian tidak mempunyai litupan GIRN dan talian telekomunikasi.

“Berdasarkan maklumat terkini, mangsa masih belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5.10 petang tadi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi akan disambung semula pagi esok dan sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|