Bung Moktar sumbang 29 lembu korban di Kinabatangan

Bung Moktar sumbang 29 lembu korban di Kinabatangan

Kinabatangan: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyumbangkan 29 ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidilhadha untuk Parlimen Kinabatangan, pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak lapan ekor lembu disumbangkan kepada enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan dua ekor untuk Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lamag bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Kinabatangan dan Taskin Bukit Garam.

Bung Moktar menyaksikan penduduk kampung bergotong-royong memasak sempena Aidiladha di Kinabatangan.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri dan Ahli Parlimen Kinabatangan turut turun padang bagi menyaksikan majlis penyembelihan lembu dan penyerahan daging korban kepada penerima yang layak di masjid Kampung Perpaduan Batu Putih dan Kampung Batu 3 Bukit Garam, semalam.

Turut sama pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Arifin serta pemimpin masyarakat setempat.

Bung Moktar bersama Jafry dan penduduk kampung menyaksikan kerja melapah daging lembu korban di masjid Kampung Perpaduan Batu Putih, Kinabatangan.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Bung Moktar yang juga ADUN Lamag berkata Aidiladha dan korban lembu mempunyai sejarah dan signifikan kepada umat Islam.

Katanya, bagi umat Islam, berkorban pada masa ini bermaknamembantu mereka yang kurang bernasib baik.

Bung Moktar bersama Jafry dan pemimpin masyarakat yang lain meyerahkan daging korban kepada penerima di Kinabatangan.

“Saya harap kita menyambut Aidladha ini secara sederhana tetapi yang penting kita dapat menghayati nilai-nilai sebagai umat Islam,” tambahnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|