Kurang promosi punca Kunak kurang dapat perhatian pelancong

Kurang promosi punca Kunak kurang dapat perhatian pelancong

Kunak: Kurang promosi tempat menarik mungkin menjadi punca banyak lokasi menarik di daerah ini kurang mendapat perhatian daripada pelancong.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin yakin Kunak boleh menjadi antara pilihan destinasi pelancongan yang terbaik di Sabah.

Jafry bersama Pegawai Daerah Kunak, Awang Mohd Yusoff serta kakitangan Majlis Daerah Kunak pada sesi dialog bersama Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Kunak.

Katanya, ia sekali gus menyumbang kepada pendapatan komuniti tempatan dan ekonomi negeri ini.

“Antara destinasi pelancongan yang berpotensi untuk dimajukan termasuk Gua Mada犀利士 i, Sungang Hot Spring, Binuang Mud Pool, Darvel Lagoon Kampung Hampilan dan banyak lagi.

“Kita mahu memastikan semua destinasi menarik di Kunak akan lebih dikenali oleh pelancong luar seterusnya usaha untuk mempromosi oleh Lembaga Pelancongan Sabah akan terus dipertingkatkan,” katanya pada sesi dialog bersama Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Kunak di sini, semalam.

Sesi dialog itu turut dihadiri pengusaha pelancongan di Kunak.

Tambahnya lagi, kementerian bersedia untuk menawarkan program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ pelancongan kepada penduduk di daerah ini agar mereka mampu bersaing secara signifikan bukan saja di Sabah malah di peringkat antarabangsa.

Katanya, usaha memperkasa sektor pelancongan di daerah Kunak akan diperhebatkan lagi menerusi pelbagai program yang kini giat dijalankan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

Sehingga kini, pelbagai usaha yang dilaksanakan termasuk memberi seminar dan latihan kemahiran dari segi kesedaran, keselamatan, dan pengurusan kepada persatuan-persatuan pelancongan, pengusaha pelancongan desa, dan komuniti setempat yang terlibat dalam mengusahakan aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|