KPD terus diperkasa, bawa naratif SMJ

KPD terus diperkasa, bawa naratif SMJ

Kota Kinabalu: Pemerkasaan pengoperasian Koperasi Pembangunan Desa (KPD) mampu memperterjemahkan naratif Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dibawakan kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Raime Unggi berkata, dengan perancangan mapan dan pelan khusus yang dibawa KPD, pihaknya yakin pelaksanaan koperasi itu untuk membantu pembangunan pertanian, ternakan ala desa akan dipertingkatkan.

Menurut beliau, menerusi kepimpinan peringkat pentadbir dan kakitangan, inovasi koperasi itu juga akan membawakan hasil kepada usahawan tempatan untuk bergiat dalam ekonomi berkonsep desa.

“Sudah tentu, menerusi pelan khusus dan perancangan demi perancangan, saya percaya KPD Sabah akan terus ke hadapan.

“Kita juga dalam pada masa yang sama akan membawakan naratif pembangunan ekonomi selaras dengan hala tuju SMJ yang dibawakan kerajaan negeri selaku pentadbir negeri Sabah, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena majlis makan malam bersama warga KPD Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Hadir sama adalah Pengurus Besar KPD, Jamilah Lee.

Terdahulu, dalam ucapan majlis tersebut, Raime turut menyentuh supaya KPD untuk lebih terampil di masa hadapan bagi bergerak sebagai satu entiti membangunkan industri pertanian di negeri Sabah.

Jelas beliau, inovasi kreatif amat diperlukan dan meminta semua warga KPD turut terlibat sama dalam menyumbang idea serta strategi bagi memastikan koperasi itu terus relevan dari semasa ke semasa.

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|