Kimanis dilanda banjir

Kimanis dilanda banjir

Kimanis: Beberapa lokasi di Kampung Brunei Membakut, di sini, dinaiki air selepas dilanda cuaca hujan sejak malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.05 pagi.

Pasukan Bomba yang hadir untuk membuat pemantauan di sekitar kawasan banjir.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan pacuan empat roda terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Bertindak atas maklumat pasukan bomba terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiada operasi pemindahan mangsa perlu dijalankan.

“Pasukan Bomba seterusnya bertindak membuat pemantauan banjir di kawasan-kawasan berisiko,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang selepas keadaan lokasi banjir beransur pulih seperti biasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|