Ketua Menteri meriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Sabah

Kota Kinabalu: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Sabah yang diadakan pada Ahad lalu dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang tiba di pekarangan Pejabat PAS Negeri Sabah pada jam 11.05 pagi, disambut sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling bersama Setiausaha PAS yang juga pengarah sambutan, Dr Aliakbar Gulasan serta pimpinan PAS Sabah yang lain.

Hajiji hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Selain Ketua Menteri, beberapa pemimpin lain turut hadir termasuk Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya serta Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Aliakbar ketika ditemui berkata, PAS Sabah berterima kasih khususnya kepada Ketua Menteri atas kesudian beliau untuk hadir ke majlis yang penuh bermakna itu.

Hajiji dan Aliakbar di rumah terbuka Aidilfitri PAS Sabah.

Sementara itu, Hajiji dalam hantaran di Facebook rasminya menyatakan penghargaan kepada PAS Sabah atas undangan sekali gus yakin ia akan merapatkan lagi ukhuwah antara mereka.

Majlis itu turut dihadiri pemimpin parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat, pengerusi dan jawatankuasa masjid.

Majlis Rumah Terbuka PAS Sabah julung kali diadakan selepas PAS Sabah menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|