Ketua Gabungan PH, PN dititahkan menghadap Agong

Ketua Gabungan PH, PN dititahkan menghadap Agong

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kedua-dua ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadap baginda di Istana Negara pada jam 4.30 petang ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan ia selepas tiada Ahli Dewan Rakyat memperoleh kepercayaan majoriti mudah 112 untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|