Kerajaan negeri alu-alukan inisiatif tingkat kebajikan rakyat

Kerajaan negeri alu-alukan inisiatif tingkat kebajikan rakyat

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl (RCKK Pearl) dan organisasi seumpamanya untuk terus membantu komuniti bagi melengkapkan usaha kerajaan meningkatkan kebajikan rakyat.

Katanya, ia selaras dengan agenda pembangunan negeri di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menyasarkan pembangunan menyeluruh negeri selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030).

“Saya teruja dengan inisiatif RCKK
Pearl dan berharap kerja murni yang dilakukan ini akan diteruskan untuk manfaat komuniti,” katanya pada majlis makan malam RCKK Pearl bagi mengumpul dana sempena ulang tahun ketujuh badan berkenaan, di sini, malam tadi.

Teks ucapannya disampaikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, sejak pembabitan RCKK Pearl, ia mencapai pelbagai kejayaan selain beberapa projek masih dijalankan seperti Project REAL (Rural Focus English For All), WASH (Water, Sanitation and Hygiene) dan Hope in Sight (pembedahan katarak untuk wanita B40 luar bandar).

“Tahap intelek, kemesraan dan sokongan yang dtunjukkan dalam menjadikan perancangan kepada tindakan benar-benar menunjukkan kuasa komitmen, dedikasi dan kerja berpasukan dalam membawa senyuman dan yang paling penting harapan kepada ramai yang akan menerima manfaat daripada kerja cemerlang anda,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|