Juragan ditahan, bawa minyak masak peket, gula, tong gas tanpa permit

Juragan ditahan, bawa minyak masak peket, gula, tong gas tanpa permit

Tawau: Tawau: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot kargo kerana membawa muatan barang kawalan termasuk 27 unit tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa permit dalam dua siri operasi berasingan yang dijalankan di kawasan perairan daerah ini, minggu lalu.

Kedua-dua bot karga yang dikendalikan juragan warga Indonesia berusia 33 dan 44 tahun ditahan bot peronda Maritim Malaysia Zon Tawau yang menjalankan Ops Sejahtera di kawasan berkenaan.

Bot kargo yang ditahan selepas membawa barang kawalan tanpa permit di perairan Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bertindak atas maklumat risikan, bot perondan Maritim Malaysia menahan kedua-dua bot berkenaan yang dipercayai bergerak dari perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas sebuah bot karga di kedudukan 1.4 batu nautika selatan Kuala Sungai, di sini, mendapati juragan dengan membawa muatan barangan runcit.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas bot itu menemukan lebih 1,680 kilogram gula pasir dan 1,258 kilogram minyak masak peket yang disembunyikan di bawah timbunan barang-barang runcit.

“Pemeriksaan dokumentasi seterusnya mendapati juragan berkenaan gagal mengemukakan permit serta kebenaran yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan barang kawalan yang dibawa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, dalam berasingan, katanya sebuah lagi bot kargo dengan muatan barang runcit turut ditahan di kedudukan 1.8 batu nautika selatan Kampung Titingan.

Katanya, pemeriksaan menyeluruh ke atas bot kargo itu menemui sejumlah 27 unit tong gas cecair petroleum (LPG) yang disembunyikan di bawah timbunan barang-barang runcit.

“Pemeriksaan dokumentasi mendapati juragan ersama seorang pembantu juragan lelaki warga tempatan berusia 29 tahun gagal mengemukakan permit dan kebenaran berkaitan barangan kawalan yang dibawa.

“Kedua-dua bot ditahan bersama juragan dan dibawa ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967,” katanya.

Jelasnya beliau lagi, semua barangan termasuk bot kargo, enjin dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM100,000.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|