Jumpa bot sahaja, pemancing dikhuatiri lemas

Jumpa bot sahaja, pemancing dikhuatiri lemas

Kudat: Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki ditemui terdampar di pantai Kelambunian, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa, Abdul Rahman Sabran, 55, keluar memancing di kawasan perairan laut Simpang Mengayau, di sini, sejak jam 4 semalam.

Pasukan bomba mendirikan Pos Kawalan Bomba (PKB) di kawasan Simpang Mengayau, Kudat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu dari balai polis, jam 10.55 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat kemudian digerakan ke lokasi kejadian.

“Maklumat daripada pihak polis, bot yang digunakan mangsa terbabit ditemui di Pantai Kelambunian oleh nelayan pada jam 8 pagi tadi.

“Namun tiada mangsa ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|