Jawatankuasa ditubuhkan untuk tangani isu kesesakan tanah perkuburan Islam

Jawatankuasa ditubuhkan untuk tangani isu kesesakan tanah perkuburan Islam

Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sedang giat melaksanakan usaha untuk menangani isu kesesakan kawasan tanah perkuburan umat Islam yang sedia ada di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengenalpasti keperluan keseluruhan tanah perkuburan di negeri ini.

Arifin menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Masjid dan Surau Kariah Cemerlang, Tokoh Imam, Kaunter JHEAINS, di Dewan Saadah, hari ini.

“Kita sudah membentuk sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi MUIS dan antara jawatankuasanya adalah dari kalangan pengerusi masjid, pegawai kerajaan yang berpengalaman dan jawatankuasa ahli yang profesional.

“Ia berfungsi untuk mengenalpasti keperluan masjid dari sudut keseluruhan tanah perkuburan di negeri ini.

“Dalam masa yang sama, saya juga meminta kepada Pegawai Tadbir Agama dan MUIS untuk memberikan kerjasama dengan pegawai yang kita lantik dalam mengenalpasti tanah-tanah yang sesuai untuk dijadikan tanah perkuburan serta bagi menampung keperluan tanah perkuburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Masjid dan Surau Kariah Cemerlang, Tokoh Imam, Kaunter Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Dewan Saadah, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, setakat ini terdapat dua model tanah perkuburan yang telah diwujudkan di Lobou, Manggatal dan Batu 11, Sandakan.

Jelasnya, ia akan menjadi contoh kepada pembukaan serta pengurusan tanah perkuburan yang lebih teratur di negeri ini.

“Kedua-dua itu sudah dibuka dan kita akan pantau agar ia menjadi tanah perkuburan contoh.

“Sekarang kita sedang berkerjasama dengan JHEAINS untuk membuka satu tanah baru di Tawau bagi menampung keperluan di daerah itu,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|