Jangan terpengaruh manipulasi laskar siber pihak lawan: SUPEN BN Sabah

Jangan terpengaruh manipulasi laskar siber pihak lawan: SUPEN BN Sabah

Kota Kinabalu: Rakyat Sabah diminta untuk tidak terpengaruh dengan dakyah songsang yang semakin galak dimainkan oleh pihak lawan BN.

Setiausaha Penerangan BN Sabah, Ibrahim Dzul Aklamat berkata, dalam tempoh hari kelapan kempen pada hari ini, dilihat terdapat usaha berterusan pihak tertentu menabur khabar angin dan berita palsu menggunakan laskar siber di laman sosial.

Jelasnya, perkara itu disifatkan tidak sihat dalam budaya politik di Sabah yang terkenal dengan kemuafakatan dan perpaduan bangsa, agama serta etnik.

“Oleh yang demikian, kita minta orang ramai supaya berhati-hati dengan maklumat diterima terutamanya berita dalam bentuk troll, humor dan sebagainya.

“Ada yang boleh menerimanya sebagai bahan jenaka, tetapi ada yang menganggap bahan itu adalah berita sahih, jadi kita minta semua berhati-hati untuk menapis maklumat terbabit,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai juga diminta melapor Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sekiranya bahan maklumat diterima mempunyai unsur fitnah, palsu dan boleh memporak-perandakan perpaduan kaum di negeri ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|