Jalan Keningau – Tenom ditutup akibat tanah runtuh

Jalan Keningau – Tenom ditutup akibat tanah runtuh

Tenom: Laluan Jalan Keningau – Tenom, terputus hubungan berikutan kejadian tanah runtuh di Kampung Tepoh, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian tanah runtuh jam 2.39 pagi itu dipercayai akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai tanah runtuh sederhana berbahaya membabitkan keluasan 390 meter persegi.

“Tanah runtuh yang menjejaskan laluan utama itu menyebabkan jalan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.

“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan altenatif di Jalan Tenom – Sipitang,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Menurutnya, ketika ini operasi penyelenggaraan jalan giat dilakukan di lokasi kejadian tanah runtuh.

“Satu unit jengkaut digerakkan bagi membuat kerja mengalihkan tanah di kawasan kejadian.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|