ICOGITA 2022 bincang ‘trend’ semasa industri minyak dan gas

ICOGITA 2022 bincang ‘trend’ semasa industri minyak dan gas

Kota Kinabalu: Program Kejuruteraan Minyak dan Gas, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Persidangan Antarabangsa ke-2 mengenai Industri Minyak dan Gas, Teknologi, dan Aplikasi 2022 (ICOGITA 2022), baru-baru ini.

Program yang diadakan secara virtual menerusi Webex itu disertai 15 universiti tempatan dan antarabangsa serta dua syarikat minyak dan gas tempatan sebagai penceramah jemputan, jawatankuasa saintifik, penyampai, dan juga pengulas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FKJ, persidangan itu memfokuskan kepada kemampanan dan teknologi IR4.0 yang telah menjadi kebimbangan para industri, penyelidik dan ahli akademik, sektor swasta, serta pembuat dasar.

“Tema ICOGITA 2022 adalah ‘Trend Semasa dan Baru Muncul dalam Industri Minyak dan Gas, Teknologi, dan Aplikasi’, yang direka untuk menyuraikan penemuan penyelidikan terkini dan kemajuan dalam minyak dan gas kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Ucapan utama pertama yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan Perbadanan Pembangunan Minyak dan Gas Sabah (SOGDC), Abdul Kadir Abdullah @ Okk Haji Damsal dengan ucapan yang meliputi trend semasa dalam industri minyak dan gas.

“Penceramah ucaptama yang kedua ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dengan tajuknya ‘Teknologi Mampan dalam Industri Minyak dan Gas dan Pengurusan Sisa’,” katanya, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi ICOGITA 2022, Profesor Ir. Ts. Dr. Zainal Zakaria.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|