Saya tetap bersama GRS – Ruddy

Saya tetap bersama GRS – Ruddy

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah turut tampil memberi penjelasan berhubung pendirian politiknya susulan khabar angin mengaitkan dirinya antara wakil rakyat GRS yang bakal meninggalkan gabungan itu.

Menerusi kenyataan ringkasnya di laman Facebook beliau hari ini, Ruddy yang juga Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri menegaskan tetap bersama GRS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya tegaskan bahawa saya tetap bersama GRS, BERSATU dan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor,” katanya.

Nama Ruddy bersama ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah; ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang dan ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin disebut bakal meninggalkan GRS.

Ia susulan tindakan ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda yang disahkan keluar BERSATU dan GRS pada Sabtu lalu selepas dilihat menghadiri program Parti Warisan (WARISAN) di Matunggong.

Petang tadi, Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menjelaskan pendirian sama tidak meninggalkan GRS.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|