Kota Kinabalu: Hubungan di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) bertambah baik dan kukuh dari semasa ke semasa.
Timbalan Pengerusi BN Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, pengumuman rasmi yang dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung nama baharu kerajaan negeri yang dikenali sebagai GRS-BN itu sememangnya dialu-alukan.

Katanya, ia berikutan kerajaan Sabah sebelum ini dibina hasil gabungan di antara BN dan Perikatan Nasional (PN).
“Memang sepatutnya, biarlah nama kedua-duanya ada kerana ia tidak akan merugikan sesiapapun.
“Malahan ia memberikan keuntungan dan situasi menang-menang antara semua pihak terlibat,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tebobon, di sini, hari ini.
Yakub berkata, hubungan di antara kedua-dua pihak juga semakin bertambah baik demi rakyat dan negeri Sabah.
“Kita akan terus memperkukuhkan hubungan baik kerajaan Sabah ini,” katanya.
-Deasoka