Hubungan bilateral Perancis-Malaysia terus diperkukuh

Hubungan bilateral Perancis-Malaysia terus diperkukuh

Kota Kinabalu: Hubungan bilateral antara Perancis dan Malaysia dalam pelbagai bidang akan terus diperkukuhkan.

Duta Perancis ke Malaysia, Roland Galharague berkata, menerusi kerjasama dua hala itu, Sabah khususnya berpotensi besar menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan.

Juhar ketika menerima kunjungan Galharague di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.

“Sabah mempunyai potensi yang tinggi terutama dalam pelbagao bidang selain kepelbagaian budaya dan keharmonian juga menjadikan ia sebagai sebuah negeri yang berpotensi besar.

“Kepelbagaian dan kekayaan alam semulajadi di Sabah juga amat penting dan terasa dekat dengan kami kerana pemeliharaan biodiversiti merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam Dasar Luar Perancis,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.

Juhar bergambar kenangan bersama Galharague dalam kunjungan hormat di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.

Beliau yang pertama kali tiba di Sabah turut merakamkan penghargaan atas kesudian Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang turut menerima kunjungannya.

Menurutnya lagi, kunjungan itu bertujuan untuk meninjau dan membincangkan peluang kerjasama antara Sabah dan Perancis pada masa akan datang.

Hadir sama ialah Pegawai Kedutaan Perancis di Malaysia, Kuala Lumpur, Emmanuelle Mauchand dan Konsul Perancis di Sabah, Laurence Leizeroući.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|