Hajiji terima kunjungan persaraan Setiausaha Persekutuan Sabah

Hajiji terima kunjungan persaraan Setiausaha Persekutuan Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat persaraan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Abu di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji bagi pihak kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sarul Bahiyah atas sumbangan dan jasanya selama berkhidmat di Sabah.

Hajiji bersama Omar Siddiq (dua kiri) dan pegawainya ketika kunjungan hormat HSBC di Menara Kinabalu.

Sarul Bahiyah yang dilantik ke jawatan itu pada 21 Februari 2022 akan bersara wajib pada 11 September ini.

Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) HSBC Bank Malaysia Berhad, Datuk Omar Siddiq Amin Noer Rashid.

Omar Siddiq yang dilahirkan di Sandakan, merupakan individu pertama warga negara Malaysia yang dilantik memegang jawatan itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|