Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei

Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Awang Nazmi Mohamad sempena lawatannya ke Sabah, di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini, baru-baru ini.

Dalam kunjungan hormat itu, Ketua Menteri berharap ia akan mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua negara dan mahu lawatan seumpama itu akan berterusan pada masa-masa akan datang.

“Semoga dengan lawatan seperti ini, ia akan mengeratkan hubungan dua hala dan kekeluargaan antara Brunei dan Sabah yang telah wujud sejak berkurun lamanya,” katanya.

Hajiji turut berharap program bersama dalam aspek kebudayaan, sukan dan aktiviti belia dapat diadakan antara Sabah serta Brunei pada masa akan datang.

Hasrat Ketua Menteri itu turut dipersetujui Awang Nazmi yang turut memaklumkan bahawa kedatangannya ke Sabah khususnya Kota Kinabalu adalah atas jemputan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan, Datuk Mohd Arifin Arif.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|