Hajiji terima kunjungan hormat 2 menteri persekutuan dari Sabah

Hajiji terima kunjungan hormat 2 menteri persekutuan dari Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat dua orang menteri persekutuan dari Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Ia adalah kunjungan hormat pertama mereka selepas dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua menteri berkenaan memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan mereka dan kementerian dalam membantu pembangunan negeri Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Armizan dan Ewon dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, yakin kedua-dua pemimpin muda itu mampu melaksanakan tugas dan amanah yang diharapkan Kerajaan Persekutuan dan rakyat negeri ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|