Hajiji dan isteri selamat tiba selepas mengerjakan ibadah umrah

Hajiji dan isteri selamat tiba selepas mengerjakan ibadah umrah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag selamat tiba di ibu negeri hari ini setelah selesai melaksanakan ibadah umrah dan ziarah di tanah suci.

Bersama-sama Hajiji mengerjakan ibadah umrah ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Ketibaan Hajiji di Terminal 2 KKIA disambut Wakil-Wakil Rakyat dan Ketua-Ketua Jabatan.

Menyambut ketibaan Hajiji di Terminat 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|