Gunung berapi lumpur di Tabin ‘meletus’

Gunung berapi lumpur di Tabin ‘meletus’

Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu dikatakan memuntahkan lumpur dalam kuantiti yang banyak hari ini seperti tular di media sosial.

Fenomena itu tular di beberapa akaun Facebook malam ini dipercayai selepas dimuat naik oleh mereka yang kebetulan berada di lokasi gunung berapi lumpur itu pagi tadi.

Fenomena itu disifatkan sesuatu yang jarang berlaku, namun kewujudan gunung berapi lumpur bukan perkara baharu di Sabah memandangkan beberapa lokasi gunung berapi lumpur boleh ditemui di Sabah dengan antara yang popular di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|