Gempa bumi lemah dikesan dekat sempadan Sabah – Kalimantan

Gempa bumi lemah dikesan dekat sempadan Sabah – Kalimantan

Kota Kinabalu: Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.0 skala Richter dikesan berlaku di utara Kalimantan, Indonesia, berhampiran kawasan sempadan Malaysia – Indonesia di Pensiangan, Nabawan awal pagi tadi.

Gempa bumi yang berlaku pada jam 5.08 pagi itu berpusat di 4.3 darjah utara dan 116.3 darjah timur dengan kedalaman 12 kilometer, iaitu 46 kilometer di barat daya Sapulut, Nabawan.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (Met) Malaysia, gegaran akibat gempa bumi itu dilaporkan dirasai di Lawas dan Limbang, Sarawak.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|