Gangguan bekalan air di KKIA hingga 26 Oktober

Gangguan bekalan air di KKIA hingga 26 Oktober

Kota Kinabalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mengalami gangguan bekalan air sehingga 26 Oktober ini.

Malaysia Airports Holdings Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan ia berikutan kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Moyog yang dilaksanakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Malaysia Airports Holdings Berhad dalam satu kenyataannya di laman Twitter.

“Sepanjang tempoh ini, semua kedai makanan dan minuman akan menggunakan pinggan mangkuk pakai buang sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjimatkan air.

“Tidak perlu risau kerana pilihan makanan kami tetap pelbagai dan sedap,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, JANS dalam satu kenyataan pada 5 Oktober lalu mengeluarkan notis gangguan bekalan air (berjadual) bermula 11 hingga 26 Oktober.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JANS

“Kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan adalah secara berperingkat.

“Antara kawasan yang terjejas ialah Kepayan, Tanjung Aru, KKIA Terminal 1, Sembulan, Karamunsing, Signal Hill, dan Likas antara lain,” katanya.

Justeru, JANS turut menyarankan agar pelanggan di kawasan yang terjejas menyimpan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|