Sandakan: Empat sekolah Cina yang terletak di kawasan Parlimen Libaran menerima sumbangan peribadi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran Datuk Suhaimi Nasir.
Empat sekolah berkenaan iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chung, SJKC Pea Wha, SJKC Pui Gin dan SJKC Syn Hua menerima sumbangan RM10,000 melalui Lembaga Pengurus Sekolah dan Guru Besar sekolah masing-masing.

Sumbangan terbabit disampaikan sendiri oleh Suhaimi pada Majlis Makan Malam yang diadkaan di sebuah restoran di Batu 8, di sini, malam tadi.
Pada majlis makan malam yang turut dihadiri beberapa pemimpin masyarakat Tiong Hua itu juga menjadi medan pertemuan dan beramah mesra selain memperkukuhkan perpaduan serta jalinan kerjasama.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat, Ketua Bahagian MCA Libaran Datuk Chin Kim Hiung, Presiden MPS Bendict Asmat dan Timbalan Presiden MPS Harun Ariffin serta Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Sandakan Chia Hock Ak.
Ia turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Pea Wha Liaw Siaw Swee Kong; Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Pui Gin Alan Khoo Choom Kwong; Wakil Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Syn Hua, Mib Lian; Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Ming Chung serta Kapitan Johnny dan ketua-ketua masyarakat Cina dan pemimpin-pemimpin UMNO serta MCA Bahagian Libaran.
-Deasoka