Dua pendaki Gunung Kinabalu alami sesak nafas diselamatkan

Dua pendaki Gunung Kinabalu alami sesak nafas diselamatkan

Ranau: Dua pendaki Gunung Kinabalu terpaksa dibantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami sesak nafas dalam dua kejadian berasingan, di sini, hari ini.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 malam apabila seorang wanita berusia dilaporkan mengalami kesukaran bergerak dan perlu dibantu untuk turun.

Anggota Bomba membawa mangsa turun ke ‘Timpohan Gate’

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kes kecemasan pada jam 7.05 malam.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 28 anggota dan pegawai termasuk Mosar dan malim gunung dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa di VIP 3 Panarlaban, di sini, pasukan Mosar terus membawa mangsa turun ke ‘Timpohon Gate’.

“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Ranau menaiki jentera EMRS untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam kejadian berasingan, PGO JBPM kemudiannya menerima satu lagi panggilan kecemasan pada jam 10.11 malam.

Pasukan malim gunung memaklumkan seorang pendaki mengalami sesak nafas di kilometer 5.6 iaitu kira-kira 400 meter sebelum Panarlaban.

Jurucakap PGO berkata, Pasukan Mosar bersama anggota Taman Taman Sabah (TTS) kemudiannya dikersh bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, pasukan Mosar terus memberikan rawatan awal dengan memberikan bantuan oksigen bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa kemudiannya diiringi naik semula ke Panarlaban untuk pemantauan dari semasa ke semasa oleh PBB Mosar.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.30 malam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|