Dua kilang ais, restoran kotor diarah tutup

Dua kilang ais, restoran kotor diarah tutup

Tawau: Dua kilang ais dan dua restoran diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana beroperasi dalam keadaan kotor.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr Shameer Khan Sulaiman berkata, operasi oleh pasukan Inspektor Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau di beberapa premis di Sin Onn dan Jalan Apas.

Kilang ais yang diarah tutup kerana beroperasi dalam keadaan kotor.

Katanya, dalam operasi itu pasukan kesihatan melakukan pemeriksaan terhadap dua kilang ais dan 15 premis makanan.

“Hasilnya, dua kilang ais dan dua premis makanan diarah tutup dibawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit.

“Selain itu, sebanyak lapan Saman turut dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, katanya, semua premis yang dikenakan amaran dan tindakan diberi tempoh selama 14 hari untuk membuat langkah penambahbaikan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

“Pasukan operasi juga turut memberi pendidikan dan panduan kesihatan kepada semua premis yang diperiksa.

“Semua pengusaha premis diminta supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM bagi memastikan makanan yang dijual selamat kepada orang awam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|