Demi kestabilan dan kemakmuran Sabah, undilah BN/GRS: Raime

Demi kestabilan dan kemakmuran Sabah, undilah BN/GRS: Raime

Kota Kinabalu: Wadah BN/GRS di Sabah dijamin memberikan kelebihan kepada pembangunan ekonomi, prasarana dan sosio di muka bumi negeri ini.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, rakyat yang menunaikan kewajiban esok dirayu untuk mempertimbangkan undi mereka kepada lambang gabungan ini demi kestabilan dan kemakmuran masa depan generasi sedia ada.

Jelasnya, memandang kepada trek rekod yang diperkemaskan lagi kemuafakatan kedua-dua gabungan, wadah BN dan GRS wajar diberi peluang untuk terus menjadi pilihan para pengundi pada esok hari.

“Saya merayulah, supaya rakyat Sabah memikirkan konsep kestabilan dan kemakmuran sesama yang kami tawarkan.

“Pilih dengan bijaksana kerana ini peluang kita menentukan masa depan kita, wakil kita menyuarakan suara kita di Dewan Rakyat, membantu pembangunan setempat dan pelbagai konteks lagi.

“Ya benar, kadang-kadang sebagai pemimpin, wakil rakyat atau ahli politik itu tidak sempurna sifatnya, sehingga ada yang rasa kurang mencukupi, rasa tersisih dan sebagainya, akan tetapi aspirasi gabungan BN/GRS ini menjadi iltizam kami, membina negeri dan kebajikan rakyat, “katanya.

Menurut beliau, mengimbas kembali kepada ketidakstabilan atas beberapa langkah diambil oleh pihak ‘sebelah’ sekaligus menyebabkan rutin, keharmonian dan konsep pembangunan seranta negeri ini menerima kesan tidak sewajarnya.

“Ingatlah, PRU15 ini pemangkin kepada interprasi Sabah ke hadapan lebih-lebih lagi limpahan ekonomi yang mana kita bakal berjiran dengan Nusantara, ibu negara Indonesia baharu yang turut berada di Kepulauan Borneo.

“Hanya dengan kestabilan politik, ekonomi dan sosio di mana jaminan itu ada di dalam gabungan BN/GRS, silalah pertimbang tawaran kami untuk masa depan anak cucu kita di Sabah, “katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|