DBKK keluarkan notis pemakluman larangan aktiviti sempena tahun baharu 2023

DBKK keluarkan notis pemakluman larangan aktiviti sempena tahun baharu 2023

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil langkah keselamatan untuk tidak membenarkan aktiviti tertentu di kawasan taman awam bawah selenggaran DBKK sempena sambutan tahun baharu 2023.

Ia membabitkan empat lokasi iaitu Taman Awam Tanjung Aru 1, Taman Awam Teluk Likas, Taman Awam Teluk Likas 2, dan Cycleway Fasa 3 (Sungai Darau.

Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip menerusi kenyataan di akaun Facebook rasmi DBKK berkata, antara aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu berkhemah sekitar taman, mandi-manda di pantai serta menjaja dalam taman.

“Bagaimanapun, aktiviti seperti berkunjung ke taman, berbasikal, jogging serta operasi gerai Anjung Perdana dan bangunan Anjung Selera adalah dibenarkan.

“Ini adalah langkah keselamatan awam selaras dengan notis Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 27 Disember 2022 yang berkuatkuasa sehingga 3 Januari 2023.

“Segala kesulitan disebabkan perkara ini amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|