Cungkil bakal pemain tenis dari Sabah

Cungkil bakal pemain tenis dari Sabah

Tawau: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mahu memastikan sukan tenis diberikan perhatian bagi mencungkil bakal pemain sukan itu dari seawal sekolah rendah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya memastikan semua jenis sukan termasuk tenis diberikan perhatian.

Andi memukul bola tenis sebagai simbolik perasmian kejohanan tenis MSS Sabah 2022, di Tawau.

Sejajar dengan itu, katanya KBSS berusaha menarik minat pelajar untuk bergiat aktif dalam sukan tenis, memandangkan ketika ini ia masih kurang popular.

“Selain itu, KBSS turut mengambil inisatif meningkatkan semua kemudahan sukan tenis di negeri ini supaya atlet dapat berlatih dalam keadaan yang lebih selesa.

“Dengan adanya kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, saya yakin kita dapat melahirkan atlet tenis yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya ketika merasmikan kejohanan tenis Majlis Sukan-Sukan Sabah (MSS Sabah) 2022, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, berkata KBSS juga bercadang mengadakan lebih banyak pertandingan tenis pada masa akan datang bagi menanam minat khususnya dalam kalangan pelajar.

Sementara itu, beliau berkata seramai 83 peserta dari enam daerah terlibat mengikuti pertandingan tenis kali ini.

Beliau berharap atlet yang bakal mewakili Sabah ke peringkat MSS kebangsaan nanti mampu mengharumkan nama negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|