Covid-19 Sabah: Kes terus naik hari ini

Covid-19 Sabah: Kes terus naik hari ini

Kota Kinabalu: Jangkitan kes Covid-19 di Sabah terus meningkat dengan sebanyak 1,600 kes baharu lagi dilaporkan hari ini, naik 315 kes berbanding 1,285 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hampir semua daerah mencatat peningkatan kes dengan Kota Kinabalu mencatat jumlah tertinggi sebanyak 371 kes hari ini.

“Ia diikuti daerah Sandakan sebanyak 322 kes, Tuaran (150 kes) dan Penampang (138 kes).

“Sebanyak 15 daerah mencatat kes dua angka, enam daerah mencatat kes satu angka dan hanya dua daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Katanya, dua kluster baharu turut dilaporkan hari ini menjadikan sebanyak 26 kluster aktif di Sabah ketika ini.

Bagaimanapun, katanya hanya enam kluster yang merekodkan kes positif baharu berjumlah 27 kes pada hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 1,587 daripada 1,600 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti lapan kes dalam Kategori 3, lima kes dalam Kategori 4, manakala tiada kes direkodkan dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 7 Februari 2022
Sabah 1,600 (1,285)

Kota Kinabalu 371 (309)
Sandakan 322 (201)
Tuaran 150 (150)
Penampang 138 (108)
Tawau 99 (78)
Putatan 65 (36)
Papar 61 (79)
Keningau 60 (18)
Lahad Datu 57 (56)
Beaufort 54 (19)
Kuala Penyu 35 (34)
Ranau 32 (34)
Kota Belud 31 (19)
Kota Marudu 29 (33)
Kunak 19 (34)
Tambunan 16 (18)
Kudat 16 (13)
Semporna 13 (9)
Kinabatangan 12 (8)
Sipitang 6 (3)
Beluran 4 (7)
Telupid 4 (6)
Pitas 3 (3)
Kalabakan 2 (0)
Tenom 1 (10)
Nabawan 0 (0)
Tongod 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 6 Februari 2022

Kluster Baharu

  1. Kluster Giram, Kunak
    20(+3)
    (Kluster Tempat Kerja)
  2. Kluster Jalan Pintas
    Sembulan, Kota Kinabalu
    18(+17)
    (Kluster Institusi Pendidikan)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|