Covid-19 Sabah: Kes baharu diramal meningkat sepanjang Mei

Kota Kinabalu: Jumlah kes baharu Covid-19 diramal bertambah sepanjang bulan ini berikutan pelbagai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bermula 1 Mei lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bagaimanapun berkata pertambahan kes baharu diramal dalam julat yang stabil dan terkawal.

“Masyarakat boleh membantu mengawal jumlah pertambahan ini dengan sentiasa mematuhi saranan dan SOP Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk memilih menggunakan pelitup muka di tempat yang dikecualikan pemakaiannya,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata, catatan kes Covid-19 di Sabah hari ini saja menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda kepada 23 kes berbanding 11 kes semalam.

Katanya, jumlah itu disebabkan pertambahan daerah yang kembali mencatat kes baharu setelah merekodkan sifar kes sebelum ini.

“Sebanyak sembilan daerah mencatat kes baharu satu angka hari ini, manakala jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu berkurangan daripada 22 daerah semalam kepada 18 daerah hari ini.

“Antaranya ialah Penampang dan Sandakan yang masing-masing mencatat lima kes baharu, diikuti Tuaran sebanyak dua kes,” katanya.

Masidi berkata, daripada 23 kes hari ini, seramai 20 pesakit berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 3 dan dua pesakit dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 4 Mei 2022
Sabah 23 (12)

Penampang 5 (0)
Sandakan 5 (0)
Kota Kinabalu 4 (6)
Tawau 3 (1)
Tuaran 2 (0)
Lahad Datu 1 (0)
Ranau 1 (0)
Semporna 1 (1)
Tenom 1 (2)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Papar 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (2)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 3 Mei 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|