Covid-19 Sabah: Hanya 19 kes baharu daripada 1,039 kes di KK hari ini

Covid-19 Sabah: Hanya 19 kes baharu daripada 1,039 kes di KK hari ini

Kota Kinabalu: Daerah Kota Kinabalu hanya mencatat 19 kes baharu Covid-19 hari ini, namun kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan kes empat angka disebabkan banyak kes tertunggak.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata secara keseluruhan Kota Kinabalu mengumpul 1,039 kes hari ini, majoritinya kes tertunggak, menjadikannya kekal sebagai dearah paling tinggi kes di Sabah.

“Bagaimanapun, daripada 1,039 kes bagi Kota Kinabalu hari ini, cuma 19 kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu didaftarkan dalam statistik kes harian hari ini.

“Sebanyak 296 kes adalah kes tertunggak antara dua hingga tiga hari dan 724 kes adalah keputusan tertunggak empat hari atau lebih. Ini termasuk 89 kes yang tertunggak melebihi 12 hari,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Secara keseluruhan, katanya kadar jangkitan Covid-19 di Sabah turun 521 kes kepada 3,735 kes hari ini, berbanding 4,256 kes yang dilaporkan semalam.

Masidi bagaimanapun berkata jangkitan sporadik kekal tinggi dengan 66.45 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

“Ini satu petanda bahawa jumlah kes baharu boleh naik secara mendadak. Jangkitan sporadik adalah jangkitan dalam komuniti yang boleh merebak dengan cepat dan dalam lingkungan lokaliti yang luas,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata hanya tujuh daerah mencatat peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini, manakala 20 daerah lagi mencatat penurunan kes harian.

Katanya, Kota Kinabalu mengekalkan catatan kes empat angka, manakala sembilan daerah lagi mencatat kes tiga angka iaitu Putatan (386), Penampang (287), Tuaran (286), Papar (26), Beaufort (214), Tawau (158), Sandakan (156), Keningau (151) dan Kota Belud (138).

Sebanyak 17 daerah lagi, katanya mencatat kes dua angka.

“Sebanyak 99.22 peratus atau 3,706 daripada 3,735 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dab 2, diikuti 10 kes dalam Kategori 3, manakala 15 kes dalan Kategori 4 dan empat kes dalam Kategori 5,” katanya.

Mengenai, PICKids Sabah, seramai 38,647 daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun sudah menerina vaksin setakat ini.

Katanya, sebanyak 464 kes hari ini membabitkan kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah yang belum divaksin, dengan 216 kes kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin.

Covid Update 26 Februari 2022
Sabah 3,735 (4,256)

Kota Kinabalu 1,039 (1,241)
Putatan 386 (363)
Penampang 287 (345)
Tuaran 286 (308)
Papar 261 (370)
Beaufort 214 (126)
Tawau 158 (165)
Sandakan 156 (157)
Keningau 151 (144)
Kota Belud 138 (186)
Lahad Datu 92 (113)
Kota Marudu 83 (100)
Sipitang 73 (89)
Ranau 51 (69)
Tenom 50 (70)
Kuala Penyu 45 (72)
Kudat 44 (19)
Telupid 38 (27)
Pitas 37 (52)
Beluran 31 (33)
Nabawan 26 (38)
Tambunan 18 (50)
Kunak 17 (35)
Tongod 16 (31)
Kinabatangan 15 (44)
Kalabakan 12 (4)
Semporna 11 (5)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 25 Februari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|