Bung Moktar mengundi di SMK Bukit Garam

Bung Moktar mengundi di SMK Bukit Garam

Kinabatangan: Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menunaikan kewajipan mengundi di Pusat Mengundi SMK Bukit Garam di sini.

Beliau tiba di pusat mengundi pada jam 12.40 tengah hari tadi bersama isteri, Datin Seri Nor Asmidah Alimudin yang mengundi di PDM SK Kota Kinabatangan.

PRU15 menyaksikan seramai 44,773 pemilih layak mengundi di Parlimen Kinabatangan.

Bung Moktar yang juga penyandang kerusi Perlimen Kinabatangan berdepan satu lawan satu dengan calon WARISAN, Mazliwati Abdul Malek.

-Deasoka

Share

Written by:

1,535 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!