Bomba selamatkan 10 kucing, seekor anjing

Bomba selamatkan 10 kucing, seekor anjing

Tawau: Sebanyak sepuluh ekor kucing dan seekor anjing berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam kebakaran kedai haiwan peliharaan di Jalan Apas Batu 3, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.44 petang.

Katanya, seramai 16 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kebakaran membabitkan sebuah kedai haiwan dibahagian pintu ‘Emergency Exit Sign’ dengan anggaran kebakaran kurang dari 10 peratus.

“Pasukan bomba kemudian bertindak menyelamatkan haiwan iaitu 10 ekor kucing dan seekor anjing ke kawasan selamat seterusnya memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos dari sumber air tangki jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kebakaran terkawal pada 5.21 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.04 petang.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan bomba,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|