BN sahkan tiada sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin

BN sahkan tiada sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin

Kuala Lumpur: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat, hari ini, memutuskan tiada Ahli Parlimen BN memberi sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemakluman mengenai perkara itu sudah dibuat kepada Yang Dipertuan Agong.

“Dewan Tertinggi juga sudah mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan, sebentar tadi.

Beliau berkata, dengan pendirian dan keputusan dicapai, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|