Beri sokongan padu kepada Sabah FC

Beri sokongan padu kepada Sabah FC

Kota Kinabalu: Penyokong digalakkan supaya hadir membanjiri ke Stadium Likas, di sini, bagi memberi sokongan penuh kepada Sabah FC yang bakal menentang Sarawak United FC , malam esok.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, penonton digalakkan masuk ke stadium seawal jam 6 petang bagi mengelakkan kesesakan.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah.

Katanya, setakat ini, penjualan tiket atas talian bagi perlawanan yang dijadualkan bermula jam 8.15 malam itu, menerima sambutan yang mengalakkan.

“Kita turut menasihatkan penonton dan penyokong yang datang supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk memakai pelitup muka sepanjang perlawanan esok.

“Pihak SAFA juga memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk tidak membenarkan penonton membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsuddin berkata, orang ramai masih boleh mendapatkan tiket perlawanan esok menerusi laman https://ticket.tickethotline.com.my/home.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|