Ambuyat Segera janjikan kepuasan pelanggan makanan tradisi

Ambuyat Segera janjikan kepuasan pelanggan makanan tradisi

SUDAH tentu, para penggemar makanan tradisional di Sabah mengenali sosok resepi tradisi berasaskan sagu atau ambuyat yang sering menjadi santapan sekeluarga.
Keunikan sagu yang menjadi asas kepada makanan tradisi ambuyat ini sebagai salah satu alternatif kepada makanan ruji lain, nasi ataupun gandum untuk rakyat tempatan.

Dengan evolusi dan kemudahan digitalisasi yang terkini, nampaknya teknik pembuatan atau penyediaan makanan ambuyat ini turut berevolusi dengan terdapat kaedah lebih mudah serta segera untuk disediakan dan di makan.

Ellyanah Eddy, 21

Bagi pengasas Yahol Food, Ellyanah Eddy, 21, idea memberikan paten kepada produk ambuyat mereka timbul susulan terdapat banyak permintaan daripada penggemar makanan tradisi itu sama ada yang tinggal di Sabah, mahupun di luar negara.

“Idea untuk terlibat dalam pasaran makanan tradisi ambuyat ini timbul selepas kami mendapat beberapa tempahan dan permintaan di kalangan penggemar ambuyat tempatan.

Ellyanah menunjukkan produk Ambuyat Segera yang kini semakin mendapat tempat di kalangan penggemar makanan tradisi itu. Gambar lokasi kredit: Kilang Kopi Yit Foh, Tenom

“Jadi kami kemudiannya cuba dalam perniagaan penyediaan serbuk sagu yang dipeketkan sejak bulan Januari lalu dan akhirnya ia semakin mendapat tempat di kalangan penggemarnya.

“Ambuyat Segera yang kami pasarkan ini datang dengan pakej peket seberat 500 gram dan ia berharga RM25 sepeket,” katanya.

Produk Ambuyat Segera, hasil usahawan tempatan. gambar lokasi kredit: Kilang Kopi Yit Foh, Tenom

Jenama kian dikenali…

Mengulas lanjut, Ellyanah yang berasal dari Sapong Estet, Tenom itu sebenarnya teruja dengan produk Ambuyat Segera yang dikeluarkan mereka kerana ia berjaya mengentengahkan ramuan asli dan tradisi berasaskan sagu di tanah kelahiran sendiri.

“Salah satu keunikan yang ada dalam produk kami adalah kami mengekalkan ciri-ciri tradisional dengan mendapat bekalan sagu daripada penduduk tempatan di daerah ini sebelum ia diproseskan ke peringkat paket.

“Berdasarkan maklum balas daripada pelanggan, rasa ambuyat yang dikeluarkan oleh kami amat unik dan bersesuaian dengan rasa para penggemar yang sering menjadikan makanan ini sebagai juadah mereka, ” katanya.

Jelasnya lagi, idea penghasilan produk tersebut juga disumbang daripada seorang kakaknya yang kini berada di luar negara dan ia turut mendapat tempat di kalangan rakyat tempatan di luar negara.

“Ambuyat Segera keluaran Yahol Food ini mendapat kelulusan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan ia boleh diperolehi menerusi tempahan melalui kami.
“Kami juga berharap sebagai usahawan tempatan, produk ini dapat menembusi pasaran antarabangsa pada suatu hari nanti,” katanya.

Bah kepada penggemar ambuyat, sila dapatkan produk Ambuyat Segera dengan menempah peket anda sekarang dengan menghubungi 010-5141844 (Ellyanah), kita-kita juga bah ini…Onsoi!!!


-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|