Kota Kinabalu: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di bahagian Sandakan sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan petang tadi berkata, amaran itu membabitkan dua daerah iaitu Telupid dan Kinabatangan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir itu adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
-Deasoka