213 pemain futsal sertai sesi pemilihan SAFA

213 pemain futsal sertai sesi pemilihan SAFA

Kota Kinabalu: Seramai 213 pemain hadir pada sesi pemilihan futsal, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi kategori lelaki yang diadakan selama dua hari pada 17 dan 18 Disember lalu.

Pemilihan yang diadakan di Arena Futsal, Yayasan Sabah itu bagi mencari pemain untuk mewakili pasukan Sabah ke Kejohanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) pada tahun depan.

Barisan Jurulatih Futsal Sabah

Jurulatih Futsal Sabah, Azman Soaibah berkata, sesi pemilihan berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran pemain dari seluruh negeri ini.

Katanya, pihaknya berharap menerusi persiapan awal yang dirangka itu, pasukan Sabah akan mampu mengesan pemain berbakat bagi mengharungi musim baharu kejohanan itu nanti.

Sesi pemilihan pemain futsal SAFA di Arena Futsal Yayasan Sabah.

“Kita mahu melahirkan pasukan mantap yang mampu untuk memberikan saingan dalam kejohanan MPFL itu nanti.

“Kejohanan yang dijangka berlangsung pada Febuari tahun depan itu akan diadakan menggunakan format ‘home and away’,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Azman berkata, pihak pengurusan pasukan turut meletakkan sasaran untuk melahirkan pemain yang mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa selepas ini.

Sementara itu, sesi pemilihan berkenaan turut dihadiri Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) David Wisom dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|