200 keluarga di Long Pasia terima bantuan misi kemanusiaan

200 keluarga di Long Pasia terima bantuan misi kemanusiaan

Sipitang: Seramai 200 keluarga dari lima kampung di Long Pasia mendapat perhatian daripada Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah dan Celcom axiata dalam misi kemanusiaan pedalaman 2022 baru-baru ini.

Lima kampung itu ialah Kampung Ulu Bole, Kampung Meligan , Kampung Iburu, Long Mio dan Long Pasia terlibat dalam misi Bantuan Kemanusiaan pedalaman Sabah baru – baru ini.

Bantuan kemanusian disalur kepada penduduk sekitar Long Pasia

Menurut kenyataan MRA Sabah, program misi kemanusiaan ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Sedia Bantu Masyarakat Sipitang (SBM).

“Misi ini memfokuskan kepada bantuan berbentuk pek makanan untuk penduduk di kampung berkenaan.

“Pada masa sama, misi ini juga bertujuan untuk mendengar saranan penduduk dan memberi info mengenai isu-isu komunikasi di pedalaman Sabah,” katanya.

Kenyataan itu turut mengalu-alukan sumbangan daripada untuk ramai membantu mereka yang memerlukan.

“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun
MRA Sabah 5602 4102 1056 (Maybank),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|