100 KIR, murid terima bantuan MRA Sabah, Yayasan Hasanah

100 KIR, murid terima bantuan MRA Sabah, Yayasan Hasanah

Tenom: Prihatin terhadap nasib penduduk Tenom dan Kemabong yang terjejas akibat banjir pada Mei lalu, Yayasan Hasanah dan Malaysian Relief Agency (MRA Sabah) tampil bekerjasama untuk menyalurkan bantuan kepada mereka.

Seramai 100 ketua isi rumah (KIR) dan murid sekolah telah menerima bantuan Bakul Makanan, Kit Kebersihan dan Peralatan persekolahan menerusi Bantuan Pemulihan Pasca dan Persediaan Banjir baru-baru ini.

Alex menyampaikan bantuan kepada penduduk termasuk murid kepada penduduk sekitar Tenom dan Kemabong.

Bantuan yang dilaksanakan secara kerjasama itu adalah menerusi Pakej Pelindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) dan GLC Disaster Response Network (GDRM).

Menurut Setiausaha Kerja MRA, Alex Dennis berkata, bantuan itu adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu masyarakat yang terkesan banjir di dua daerah ini pada Mei lalu.

Antara bantuan yang disampaikan oleh MRA Sabah dengan kerjasama Yayasan Hasanah.

“Program ini diselaraskan oleh saya sendiri selaku Setiausaha Kerja MRA Sabah dan mendapat kerjasama daripada NGO tempat iaitu Pertubuhan Sukarelawan dan Sosial Daerah Tenom dan Pertubuhan Muafakat dan Kebajikan Murut Sabah (PMKMS).

“Diharap program ini sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berharap lehih banyak lagi pihak NGO dan korporat turut tampil dalam menjalankan CSR bagi mendekati masyarakat yang memerlukan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|