UMS buka peluang kerjasama strategik dengan industri

UMS buka peluang kerjasama strategik dengan industri

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menerima kunjungan hormat empat syarikat usahawan tempatan yang berminat menjalin kerjasama strategik berkaitan keusahawanan dengan pihak universiti.

Mereka ialah Pengarah Urusan Perfect Group, Dato Derek Phang; Pengarah Pemasaran Perfect Group, Datin Selina Shim; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) First-Art Creative, Sindiy Fam; Pengarah Urusan Fook Soon Seafood Products Sdn Bhd, Chiang Bath Sing; Pengarah Pemasaran Fook Soon Seafood, Tracy Chiang; dan CEO KPLUS Global Ventures, Jacky Tang.

Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) UMS, Prof Madya Dr Jidon @ Adrian Janaun, berkata mereka menyuarakan hasrat mahu meneroka peluang mengkomersialkan produk dan harta intelek UMS.

“Usahawan terbabit tertarik dengan produk dan Harta Intelek UMS dan menyatakan hasrat untuk berkolaborasi terutamanya dalam bidang Sains Pemakanan.

“Kita sama-sama bersetuju untuk mengadakan perbincangan yang lebih lanjut berhubung kerjasama ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Jidon berkata pertemuan itu turut membincangkan peluang kerjasama lain yang boleh memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

“Antaranya dari segi penyelidikan, latihan praktikal pelajar dan pertukaran kepakaran UMS dengan mereka selaku pihak industri.

“Untuk makluman, UMS melalui PPIP sentiasa mengalu-alukan kerjasama seumpama ini dengan mana-mana usahawan atau syarikat.

“Jika ada yang ingin berkolaborasi termasuk dalam memasarkan produk atau harta intelek UMS boleh berhubung terus dengan kami melalui emel ppip@ums.edu.my,” katanya.

Turut hadir Pengarah Kumpulan merangkap Pemangku Pengarah Syarikat UMS Investment Holdings Sdn Bhd (UiNVEST), Francis Vincent Ariffin; Pengarah Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan UiNVEST, Nerwani Shereen Haji Halik; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Kejuruteaan UMS, Prof Madya Dr Kenneth Teo Tze Kin; Pensyarah Kanan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Dr Siti Faridah Mohd Amin; dan Ketua Pentadbiran PPIP, Alvin Azril Mahat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|