Terima kasih abang MOSAR

Terima kasih abang MOSAR

Ranau: Angin kencang dan cuaca sejuk tidak menghalang Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) untuk membawa turun seorang wanita yang cedera ketika menuruni gunung Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun yang cedera di kaki dibawa turun dari Sayat-Sayat Hut ke Timpohon Gate.

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan penyelamat untuk membawa mangsa turun ke Timpohon Gate. Video Ihsan Bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba jam 10.10 pagi

“Mangsa dilaporkan terjatuh sehingga menyebabkan kaki kiri bengkak dan mangsa sukar untuk bergerak.

“Mangsa diusung menggunakan peralatan pengusung oleh PBB MOSAR dan malim gunung,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa selamat tiba di Timpohon Gate pada jam 7 malam tadi.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada Unit EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau untuk rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Ranau,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|